Majlis membuka tirai pada detik 3 petang dengan anjuran pelbagai aktiviti menarik untuk penghuni Rumah Penyayang Hembusan Kasturi termasuklah aktiviti mewarna dan kuiz berkaitan rancangan ntv7 di samping koleksi tawaran hadiah menarik.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ntv7, Dato’ Anthony Bujang, “Majlis ini memberi peluang kepada kami berkongsi kemeriahan bulan yang mulia ini dengan semua dan sama-sama menikmati serta mensyukuri rezeki yang kita perolehi. Usaha pada hari ini turut melambangkan komitmen ntv7 dalam menjalankan tanggungjawab sosial dan di kala rakyat Malaysia sibuk membuat persiapan menjelang Aidlifitri, kami di ntv7 tidak pernah lupa pada insan yang benar-benar memerlukan di luar sana.”
Tambahnya, “Pastinya kami berharap selepas lawatan kami pada hari ini, penghuni Rumah Penyayang Hembusan Kasturi akan turut dapat merasakan semangat “Feel Good Ramadhan dan Feel Good Raya” bersama-sama kami.”
Turut hadir memeriahkan majlis berbuka puasa ini adalah personaliti ntv7 – Nazrudin Rahman, Sheahnee Iman Lee, Khairunnisak Dzun Nurin, Syarifah Salwa Syed Abdul Rahman, Linda Salim dan Zaiti Zubir serta teraju utama siri drama terkenal ntv7, Frontpage – Tony Eusoff dan Nurakhtar Amin.