Seekers Musim Ke-8

 
< Back to Reviews

Suatu malam selebriti bertemu entiti

AmmarLutfi
08/03/2012 13:00:00

 

Anda minat filem Blair Witch Project, Paranomal Activity mahupun filem tempatan seperti Penunggu Istana? Jika ya, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton program realiti paranomal musim terbaru, Seekers di Saluran Ceria Anda, ntv7.

Musim terbaru ini menampilkan penyiasat musim ke-7 Syai(Syaiful Redzuan Md Noor), bersama 2 penyiasat baru iaitu Ixora(Ixora Chera) dan Bil (Mohamad Nabil Razali). Mereka sekali lagi akan meneruskan usaha menjejaki entiti di lokasi-lokasi yang terpilih tanpa mengira waktu dan keadaan.

Musim ini, team Seekers turut dibantu oleh beberapa rakan lain seperti team Poseidon dan juga terdapat penampilan artis tempatan seperti Achong, Black Mentor, Danny X-Factor, Kanchana Devi, Belle Ngasri dan ramai lagi. Seperti musim lepas, penggunaan handheld kamera menambahkan lagi konsep realiti yang cuba dibawakan oleh krew produksi Seekers. Selain itu anda akan dibawa melihat bagaimana team Seekers meninjau lokasi pilihan sebelum melakukan aktiviti paranomal pada waktu malam.

Babak-babak cemas juga dapat disaksikan ketika team Seekers melalukan aktiviti di lokasi pilihan seperti krew dirasuk dan ahli Seekers diusik ketika berseorangan. Ditambah lagi dengan bunyi-bunyi yang dirakam, membuatkan anda tidak senang duduk menonton di rumah terutama jika ada yang menonton sendirian. Jadi jangan ketinggalan untuk menonton Seekers 8!

by AmmarLutfi

 

Show info:

Join Seekers in his quest for paranormal activity.

Our Rating:

4/5.0
Share
  • email
  • facebook
  • twitter
 
    total: 0 | displaying: 0

Add your Review

You have to be logged in to post reviews